Manusia semakin pelik : makan sabun
Penulis terbaca satu artikel dari Harian Metro mengenai tabiat segelintir pelajar yang memakan sabun. Tabiat ini merupakan satu perbuatan yang tidak wajar untuk dilakukan bagi pendapat penulis kerana bahan-bahan yang dilakukan untuk membuat sabun amatlah tidak sesuai untuk perut manusia. Berdasarkan artikel tersebut, mereka yang suka makan sabun ini mula berjinak-jinak dengan tabiat ini disebabkan bau sabun yang wangi. Penulis sarankan agar anda yang masih belum mencuba untuk meniru tabiat ini tidak akan terfikir untuk meniru tabiat pelik ini. Sabun bukanlah dicipta untuk dimakan, jadi kenapa perlu jadi manusia yang terlalu inovatif untuk makan sabun tersebut yang langsung tidak memberi khasiat kepada badan kita?
Petikan dibawah saya petik dari salah seorang yang terlalu taksub dengan sabun, dia hanya mahu dikenali sebagai Wani, berusia 19 tahun dan masih belajar.
“Ada rakan mengatakan perbuatan saya sebagai gila, malah ada yang menyifatkan boleh menempah maut. Tidak kurang mendakwa saya terkena penyakit ‘mengidam’ yang kerap dikaitkan dengan wanita mengandung.
“Saya pernah cuba berhenti, tetapi sukar melupakan ‘makanan’ terbabit yang sudah dilakukan selalu, terutama ketika bersendirian dalam bilik,”
Tabiat memakan sabun ini sebenarnya boleh mengakibatkan keracunan makanan. Antara bahan kimia yang digunakan untuk membuat sabun adalah formaldehyde (juga digunakan untuk pengawetan).
Kajian terhadap 140,000 kes keracunan di Amerika Syarikat mendapati 10 peratus daripadanya disebabkan sabun dan bahan pencuci.
Jadi, tabiat aneh ini tak perlulah diamalkan. Bagaimanapun, kebanyakan sabun mandi dijual di pasaran dihasilkan menggunakan garam dan asid lemak bebas yang mempunyai kadar toksik rendah dan tidak mendatangkan kemudaratan sekiranya digunakan pada kulit.
0 comments:
Post a Comment