Gempar: Jerantut 'bandar kasino'
Eksklusif untuk peneroka dan penduduk kampung.
Itu 'dedikasi' pengusaha premis mesin judi untuk golongan tersebut yang beroperasi secara haram di bandar Jerantut dan bandar Inderapura di sini untuk mengelak kegiatan mereka diketahui umum khususnya 'orang luar.'
Malah salah sebuah daripadanya beroperasi di dalam sebuah gudang dan dikatakan 'kebal' daripada tindakan undang-undang dengan memperalatkan nama orang-orang kenamaan.
Difahamkan kegiatan haram itu berselindung di sebalik nama pusat rekreasi serta persatuan tertentu dan kini bilangannya sudah mencapai kira-kira 30 buah mesin.
Di dalamnya, kira-kira 30 mesin permainan arked ditemui dan tidak kurang 10 bilik karaoke kecil dan beberapa meja snuker di samping terdapat satu pintu rahsia.
Sementara itu, Ahli Exco Majlis Belia Felda Pahang, Abdul Rahman Mohamed ketika dihubungi mengakui pernah melihat mesin judi berkenaan di lokasi tersebut pada hujung tahun lalu.
"Saya difahamkan orang tertentu sahaja yang dibenarkan masuk ke tempat mesin judi itu.
"Saya sendiri pun pernah nampak hanya setelah dibawa masuk oleh orang yang biasa ke sana," katanya.
Katanya, beliau turut menerima beberapa aduan daripada penduduk kampung dan peneroka berdekatan bahawa ada di kalangan mereka terpaksa menggadaikan barang berharga akibat kalah judi.
Artikel ini dipetik daripada akhbar Kosmo! online bertarikh 3 Februari 2008
-Isu Gempar
0 comments:
Post a Comment