Friday, March 14, 2008

umat Islam..AWAS!! (Isu Gempar)




Arak atau minuman beralkohol sememangnya diharamkan untuk diminum oleh orang Islam. Justeru, sebarang minuman yang mengandungi alkohol perlu dilabelkan dengan jelas supaya orang awam dapat membezakan minuman beralkohol tersebut dengan minuman yang tidak beralkohol.

Di artikel kali ini, penulis Isu Gempar ingin memaklumkan kepada anda mengenai suatu produk minuman yang boleh mengelirukan umat Islam.



Carlsberg baru sahaja mengeluarkan dua produk minuman tin terbarunya bernama JOLLY SHANDY berperisa LEMON dan ORANGE. Malah corak dan warna tin minuman tersebut seolah2 sama seperti tin minuman biasa F&N, PEPSI, Coca Cola, Drinho, Yeos, etc.

Apa yang membimbangkan kita semua umat Islam ialah kemungkinan ia dipasarkan secara
terbuka dan meluas sehinggakan ada nanti umat Islam yang terbeli minuman
tersebut. Tambahan pula perkataan "Contains alcohol" hanya di tulis kecil
sahaja di belakang tin tersebut.

Isu Gempar amat berharap agar semua umat Islam berhati-hati dalam membeli sebarang jenis makanan atau minuman dengan cara membaca label dengan teliti supaya kita tidak tertipu dengan strategi pemasaran produk tersebut.
-Isu Gempar

Read more...

Wajib baca: Ketahui taktik baru perogol (Isu Gempar)


Isu Gempar : Artikel yang penulis tulis kali ini adalah mengenai emel yang sahabat penulis hantar kepada penulis dan meminta agar mesej ini disebarkan kepada orang ramai. Ini adalah salah satu cara penjenayah melakukan janayah rogol yang menyebabkan isu rogol ini menggemparkan seluruh rakyat Malaysia.

"Hal ini berlaku di KL baru2 ni.. Saya dapat tahu dari kakak ipar saya cara baru orang memperdaya perempuan untuk dirogol. Kawan dia sendiri yang telah menjadi mangsa. Kawan dia keluar ofis agak lewat iaitu agak2 dekat malam juga.

Dia terserempak dengan seorang kanak2 menangis di tepi jalan. Kerana kesian, dia hampiri dan bertanya budak tu kenapa dia sorang2 petang2 begini. Budak tu kata yang dia dah sesat dan minta dihantar balik ke rumahnya.

Budak tu kemudiannya menunjukkannya sekeping kertas yang tertulis alamat rumahnya. Perempuan ni kira berhati mulia, tanpa mengesyaki apa-apa terus membawa budak tu ke alamat berkenaan. Setibanya di rumah tersebut, dia pun menekan loceng pintu.. Sejurus kemudian dia pengsan lantaran loceng berkenaan disambungkan dengan wayar berkuasa tinggi.

Hari berikutnya apabila dia tersedar, dia berada di sebuah rumah kosong di kawasan berbukit, dalam keadaan telanjang. Kondom ada di merata2 dengan air mani berhamburan. Tak kurang 20 kondom semuanya. Dia langsung tak mengenali penyerangnya.

Begitulah penjenayah akhir-akhir ini mensasarkan mangsanya. Jika terserempak dengan keadaan sebegini, jangan sesekali turuti kemahuan kanak-kanak itu, sebaliknya hantarlah dia ke balai polis yang berdekatan. Itu cara yang paling selamat untuk anda dan kanak-kanak tersebut.
-Isu Gempar

Read more...

Monday, March 3, 2008

Isu Gempar: Permohonan Penukaran nama Jesus kepada Allah

Artikel ini ditulis berdasarkan laporan akhbar The Star bertarikh 28/12/2007...

dimaklumkan bahawa paderi malaysia yang tentu sekali menganut agama kristian sedang membuat permohonan di mahkamah untuk menukar nama tuhan mereka dari Jesus kepada ALLAH...

Tindakan ini boleh mengelirukan penganut agama Islam yang sememangnya menjadikan Allah sebagai tuhan mereka...Tindakan paderi-paderi ini amatlah tidak sesuai memandangkan cara hidup penganut agama Islam adalah jauh berbeza jika berbanding dengan cara hidup penganut agama Kristian.

Tindakan penukaran nama Jesus kepada Allah juga boleh memesongkan iman dan menyesatkan akidah umat islam...Penulis juga dimaklumkan bahawa buat masa ini, mahkamah sedang membuat keputusan mengenai permohonan paderi-paderi ini...Penulis berpendapat bahawa ulama sepapatutnya tidak berdiam diri mengenai kes ini.

Penukaran nama Jesus kepada Allah juga dikhuatiri menyebabkan penganut agama Islam terutamanya remaja menjadi murtad (keluar dari agama Islam) akibat kekeliruan dalam mengamalkan cara hidup yang diamalkan oleh penganut dua agama yang nyata sekali berbeza..

Berikut adalah link untuk ke akhbar tersebut:
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2007/12/27/nation/20071227210017&sec=nation

Petikan di bawah adalah petikan akhbar yang di'copy' dari akhbar The Star Online tersebut.

Catholic paper files writ of summons

PETALING JAYA: The publisher of Herald - The Catholic Weekly has filed a writ of summons and a statement of claim in the Kuala Lumpur High Court to seek appropriate declarations of the use of the word "Allah".

The publisher said in a statement released Thursday that the Internal Security Ministry had issued a series of directives to the publisher to cease the use of the word "Allah" in the weekly.

The publisher also said that if they failed to do so, the publication’s permit would either be suspended or revoked.

“We have decided to have our legal position to use the word determined by the courts,” the statement said.

The weekly’s editor Reverend Father Lawrence Andrew said that the writ was filed on Dec 5.

The 13-year-old paper, which carries reports about the Catholic community in English, Malay, Tamil and Chinese, has a circulation of 12,000 for its members.

-Isu Gempar

Read more...

Sunday, March 2, 2008

Hobi sebarkan HIV? (Isu Gempar)

Artikel ini mengenai orang yang HIV positif seronok menyebarkan virus HIV. Ianya pernah ke udara di dalam Televisyen Thai di mana pesakit HIV ditangkap & didakwa, tapi apa gunanya, beliau telah merosakkan ramai orang awam yang tak berdosa. Jadi sila
berhati-hati ...
Beberapa tempat berbahaya dan kebarangkalian menemui jarum penyuntik yang telah digunakan penagih

1. Di kawasan pantai. Apabila anda berjalan di pantai sila pakai
selipar atau kasut, ada penagih dadah yang melakukan aktiviti di tepi
pantai danmenimbus jarum penyuntik di dalam pasir. Penyuntik ini
kemudiannya terdedah akibat ombak.

2. Di kawasan permainan kanak-kanak. Satu lagi kawasan pilihan
penagih.T erdapat kes di Australia di mana kanak-kanak yg tak berdosa telah
tercucuk jarum penyuntik apabila beliau turun daripada papan lunsur &
kemudiannya didapati HIV positif.

3. Di panggung wayang. Sila pastikan kerusi yg anda duduki. Kes yang
terjadi apabila seorang perempuan duduk di kerusi beliau dan terasa
sesuatu benda mencucuk. Beliau berdiri dan mendapati ada penyuntik dan
nota berbunyi "Welcome to the real world, you are now HIV positive' .
Doktor telah memeriksa jarum tersebut & mengesahkan ianya terdapat
virus HIV. Ianya berlaku di Hawai jadi berhati-hati ... .

4. Di Georgia & Florida , ada kes menunjukkan pesakit HIV meletakkan
penyuntik di dalam tempat mengembalikan syiling, mesin air
minuman...jadi pastikan bila anda membeli air
atau kandi, perhatikan betul-betul tempa t mengembalikan wang
syiling... .mungkin terdapat jarum penyuntik di dalamnya.

Dr Yasmin Anum Mohd Yusof
Associate Professor & Head Dept. of Chemical Pathology
School of Medical Sciences
USM, Kubang Kerian, Kelantan ,
MALAYSIA

-Isu Gempar

Read more...

Maksud disebalik perkataan BYE (Isu Gempar)

"BYE"...
SubhanAllah!!!
Perkataan "BYE" merupakan jarum sulit orang Kristian... Di dalam bahasa Arab bermaksud "fihafzil baba " . Manakala dalam bahasa Malaysia bermaksud di Bawah Naungan Pope(paderi).
Jadi sebar-sebarkan kepada semua sahabat-sahabat anda. Semoga Allah memberi rahmat
kepada kita dan org Islam yang lain.

TAHUKAH ANDA?

Universiti Putra Malaysia...

Itulah satu-satunya Universiti yang ada gereja. Gereja ini antara yang aktif untuk memurtadkan orang Islam.

'Holy Water'...

Sebenarnya air ini dibuat di Vatican City. Dijampi oleh paderi termasuk Pope John Paul yang jemput Perdana Menteri kita dulu! . Kalau terminum air ini, cari air kolah dari 3 masjid. Baca Al-Fatihah 1x, Yasin 1x, 3 qul 1x, dan selawat. Ambil sebahagian buat minum dan sebahagian
buat mandi.
InsyaAllah mereka akan sedar dan dapat diselamatkan.
InsyaAllah...

Jangan menggunakan perkataan A'kum

Janganlah kita menggantikan perkataan "Assalamualaikum" dengan "A'kum" dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan. Jika perkataan Assalamualaikum itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan "Salam" iaitu sama makna dengan Assalamualaikum. Sesama lah kita memberitahu sahabat-sahabat kita yang selalu sangat guna shortform A'kum dalam sms ataupun email.

Perkataan 'AKUM' adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud 'BINATANG' dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot' yang bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT'.

-Isu Gempar

Read more...