Friday, March 14, 2008

umat Islam..AWAS!! (Isu Gempar)




Arak atau minuman beralkohol sememangnya diharamkan untuk diminum oleh orang Islam. Justeru, sebarang minuman yang mengandungi alkohol perlu dilabelkan dengan jelas supaya orang awam dapat membezakan minuman beralkohol tersebut dengan minuman yang tidak beralkohol.

Di artikel kali ini, penulis Isu Gempar ingin memaklumkan kepada anda mengenai suatu produk minuman yang boleh mengelirukan umat Islam.



Carlsberg baru sahaja mengeluarkan dua produk minuman tin terbarunya bernama JOLLY SHANDY berperisa LEMON dan ORANGE. Malah corak dan warna tin minuman tersebut seolah2 sama seperti tin minuman biasa F&N, PEPSI, Coca Cola, Drinho, Yeos, etc.

Apa yang membimbangkan kita semua umat Islam ialah kemungkinan ia dipasarkan secara
terbuka dan meluas sehinggakan ada nanti umat Islam yang terbeli minuman
tersebut. Tambahan pula perkataan "Contains alcohol" hanya di tulis kecil
sahaja di belakang tin tersebut.

Isu Gempar amat berharap agar semua umat Islam berhati-hati dalam membeli sebarang jenis makanan atau minuman dengan cara membaca label dengan teliti supaya kita tidak tertipu dengan strategi pemasaran produk tersebut.
-Isu Gempar

0 comments: