Friday, February 22, 2008

Manusia semakin pelik : makan sabun

Penulis terbaca satu artikel dari Harian Metro mengenai tabiat segelintir pelajar yang memakan sabun. Tabiat ini merupakan satu perbuatan yang tidak wajar untuk dilakukan bagi pendapat penulis kerana bahan-bahan yang dilakukan untuk membuat sabun amatlah tidak sesuai untuk perut manusia. Berdasarkan artikel tersebut, mereka yang suka makan sabun ini mula berjinak-jinak dengan tabiat ini disebabkan bau sabun yang wangi. Penulis sarankan agar anda yang masih belum mencuba untuk meniru tabiat ini tidak akan terfikir untuk meniru tabiat pelik ini. Sabun bukanlah dicipta untuk dimakan, jadi kenapa perlu jadi manusia yang terlalu inovatif untuk makan sabun tersebut yang langsung tidak memberi khasiat kepada badan kita?

Petikan dibawah saya petik dari salah seorang yang terlalu taksub dengan sabun, dia hanya mahu dikenali sebagai Wani, berusia 19 tahun dan masih belajar.

“Ada rakan mengatakan perbuatan saya sebagai gila, malah ada yang menyifatkan boleh menempah maut. Tidak kurang mendakwa saya terkena penyakit ‘mengidam’ yang kerap dikaitkan dengan wanita mengandung.

“Saya pernah cuba berhenti, tetapi sukar melupakan ‘makanan’ terbabit yang sudah dilakukan selalu, terutama ketika bersendirian dalam bilik,”

Tabiat memakan sabun ini sebenarnya boleh mengakibatkan keracunan makanan. Antara bahan kimia yang digunakan untuk membuat sabun adalah formaldehyde (juga digunakan untuk pengawetan).

Kajian terhadap 140,000 kes keracunan di Amerika Syarikat mendapati 10 peratus daripadanya disebabkan sabun dan bahan pencuci.

Jadi, tabiat aneh ini tak perlulah diamalkan. Bagaimanapun, kebanyakan sabun mandi dijual di pasaran dihasilkan menggunakan garam dan asid lemak bebas yang mempunyai kadar toksik rendah dan tidak mendatangkan kemudaratan sekiranya digunakan pada kulit.

Read more...

Sunday, February 3, 2008

Gempar: Jerantut 'bandar kasino'

Eksklusif untuk peneroka dan penduduk kampung.

Itu 'dedikasi' pengusaha premis mesin judi untuk golongan tersebut yang beroperasi secara haram di bandar Jerantut dan bandar Inderapura di sini untuk mengelak kegiatan mereka diketahui umum khususnya 'orang luar.'

Malah salah sebuah daripadanya beroperasi di dalam sebuah gudang dan dikatakan 'kebal' daripada tindakan undang-undang dengan memperalatkan nama orang-orang kenamaan.

Difahamkan kegiatan haram itu berselindung di sebalik nama pusat rekreasi serta persatuan tertentu dan kini bilangannya sudah mencapai kira-kira 30 buah mesin.

Di dalamnya, kira-kira 30 mesin permainan arked ditemui dan tidak kurang 10 bilik karaoke kecil dan beberapa meja snuker di samping terdapat satu pintu rahsia.

Sementara itu, Ahli Exco Majlis Belia Felda Pahang, Abdul Rahman Mohamed ketika dihubungi mengakui pernah melihat mesin judi berkenaan di lokasi tersebut pada hujung tahun lalu.

"Saya difahamkan orang tertentu sahaja yang dibenarkan masuk ke tempat mesin judi itu.

"Saya sendiri pun pernah nampak hanya setelah dibawa masuk oleh orang yang biasa ke sana," katanya.

Katanya, beliau turut menerima beberapa aduan daripada penduduk kampung dan peneroka berdekatan bahawa ada di kalangan mereka terpaksa menggadaikan barang berharga akibat kalah judi.

Artikel ini dipetik daripada akhbar Kosmo! online bertarikh 3 Februari 2008

-Isu Gempar

Read more...

Saturday, February 2, 2008

Lumuran lumpur radiasi UFO

Sama ada mitos ataupun benar, lagun-lagun itu dikatakan mampu menyembuhkan segala jenis penyakit baik daripada jerawat batu sehinggalah reumatik.



ADA yang menggelarnya Lagun Ajaib manakala selebihnya menyifatkannya Lagun Awet Muda. Tetapi, yang pasti, kelompok lagun-lagun di Chilca ini dianugerahi lumpur istimewa yang memiliki struktur molekul unik.

Para doktor dan saintis tempatan pula mendakwa, manfaat penyembuhan lumpur ini mungkin berpunca daripada radiasi yang terhasil oleh objek terbang tidak dikenali (UFO) yang kerap dilihat di kawasan itu.

Terletak kira-kira 45 minit perjalanan dari Lima, Peru, Chilca berpusat di antara Kota Tokong Pachacamac dan Nazca Lines yang penuh misteri.

Terkenal dengan lagun-lagun penyembuhnya, lumpur ajaib serta UFO, kawasan itu sering dibanjiri oleh ribuan orang khasnya pada musim cuti panas. Pada ketika itu, keseluruhan kampung bertukar wajah menjadi sebuah spa gergasi.

Mungkin sebab itulah, pengusaha-pengusaha restoran dan rumah tumpangan boleh tersenyum riang mengenangkan kunjungan penginap yang tiada bernoktah.

Ketenangan padang pasir yang kering kontang ditambah pula dengan persisiran pantai akua marin serta kekayaan mineral di lagun yang berwarna unik itu sekali gus meningkatkan kualiti mistik kawasan tersebut.


RAMAI yang percaya lumpur di lagun Chilca mempunyai kuasa penyembuh ajaib.


Sama ada mitos ataupun kenyataan, lagun-lagun itu dikatakan mampu menyembuhkan segala jenis penyakit baik daripada jerawat batu sehinggalah reumatik atau ketidaksuburan.

Atas dasar kepercayaan itulah, sejumlah besar pesakit yang datang dengan penyakit akhirnya pulang dengan kesihatan yang lebih baik. Mandian lumpur di La Milagrosa iaitu Lagun Ajaib turut menjadi tarikan segelintir orang yang datang sekadar untuk bersantai.

Lumpur yang memiliki ciri-ciri perubatan sememangnya merupakan sejenis rawatan popular dalam kaedah naturopati. Kaya dengan bahan-bahan mineral seperti sulfur, zat besi dan kalsium, lumpur dipercayai mempunyai kuasa penyembuhan ke atas pelbagai jenis masalah berbeza.

Sapuan lumpur yang kaya dengan nutrien pada kulit bertindak sebagai pengelupas natural untuk mengukuhkan semula sel-sel kulit dan menyingkirkan toksin.

Sebaik tubuh disapu lumpur, para pengunjung akan merehatkan diri di bawah sinaran matahari terik dan membiarkan lumpur kering sepenuhnya. Satu rahsia rawatan ini adalah, membiarkan lumpur betul-betul kering dan beberapa sesi rawatan diperlukan bagi mendapatkan hasil terbaik.

Lagun penuh keajaiban ini terkenal dengan air berwarna agak kehijauan yang disyorkan untuk mereka yang mengalami masalah kulit. Lagun Godaan pula dipercayai memiliki keupayaan menggoda. Lumpur-lumpur di lagun ini disarankan kepada pesakit yang berdepan dengan penyakit mata, saraf, sendi dan tekanan darah tinggi.


UNTUK mendapat kesan penyembuhan terbaik, pengunjung perlu membiarkan lumpur kering sepenuhnya.


Menariknya, satu lagi lagun iaitu Lagun Mellicera dikatakan mampu meningkatkan kadar kesuburan dan telah menyumbang kepada kelahiran sejumlah anak kembar di perkampungan tersebut.

Pernah digunakan untuk merawat penyakit kulit, tulang dan melegakan pesakit diabetes, Lagun Mellicera mempunyai satu kisah legenda yang istimewa.

Mengikut cerita, suatu ketika dahulu, seorang gergasi dipercayai sering mengunjungi dan berendam di lagun tersebut. Kejadian itu bagaimanapun dikatakan telah membuatkan penduduk Chilca takut untuk bermandi-manda di kawasan tersebut sehingga ke hari ini.

Artikel ini dipetik daripada akhbar Kosmo! online bertarikh 2 Februari 2008

Read more...

Friday, February 1, 2008

Gerak Khas hina keluarga Nurin Jazlin Jazimin?

Oleh PUTRA 7

Mstar.com

DRAMA 'Gerak Khas' episod Syaitan Bertopeng (bahagian 1) disiarkan pada 11/01/2008 dan juga sambungan bahagian 2 disiarkan pada 18/01/2008 patut diambil tindakan sewajarnya oleh pihak berkuasa khususnya polis.

Drama ini diarahkan oleh Saleh Majid yang diterbitkan di bawah Skop Productions (Datuk Yusof Haslam). Ini kerana cerita tersebut mempunyai jalan cerita menghampiri kisah keluarga Jazimin dan Allahyarham adik Nurin Jazlin.

Dalam episod kali ini, mengisahkan seorang budak (Danial) yang merupakan anak jiran seorang anggota polis telah diliwat setelah diculik semasa pergi ke pasar malam.

Kemudiannya, plot kisah ini tertumpu kepada seorang peniaga warong nasi lemak Encik Ali yang mempunyai hutang dengan Along tanpa menjelaskannya. Ali juga mempunyai seorang anak gadis yang berusia 7 tahun yang bernama Natasha yang gemar pergi ke pasar malam bersama rakan.



Alkisah pada satu malam Natasha ingin pergi ke pasar malam tapi dimarahi oleh bapanya, setelah dipujuk oleh isteri Ali, Natasha pergi juga bersama rakan seusia dengannya.

Tapi setelah 11.30 malam Natasha tidak balik dan ini mendorong bapa Natasha mencari merata-rata tempat tapi gagal... Keesokkannya satu laporan polis dibuat oleh keluarga Natasha. Dalam pada masa yang sama terdapat plot Natasha menangis apabila didatangi lelaki yang mebawa timun dan juga terung.

Beberapa hari kemudian mayat kanak-kanak telah dijumpai di tapak pembinaan oleh pekerja buruh. Pada plot sebelumnya, terdapat 2 orang pemuda sedang merakam tapak pembinaan sebagai tempat bakal 'shooting' pergaduhan.

Setelah di buat 'post mortem' ternyata DNA mayat kanak-kanak tersebut adalah Natasha dan ianya mati akibat ditusuk benda tajam di dalam alat sulitnya. Namun bapa si mati menyangkal mayat itu merupakan anaknya.

Di dalam beberapa adegan Ali meraung, menangis, menjerit dan memarahi pemberita dan juga pasukan polis kerana masih menyangka anaknya masih lagi hidup. Setelah mayat kanak-kanak itu dikebumikan, Ali masih lagi menafikan si mati tersebut adalah Natasha. Namun ianya dilakukan sebagai penghormatan kepada si mati.

Plot seterusnya, kumpulan Along tersebut berjumpa Ali dan mengugut akan membunuhnya. Namun atas kecekapan polis drama 'Gerak Khas', kumpulan Along itu diberkas dan disoal siasat.

Pada plot yang lainnya pula 2 orang pemuda sedang memaparkan tempat bakal yang di'shooting' kelak kepada pengarah mereka. Namun pengarah tersebut mempercayai rakaman tersebut mempunyai 'clue' tentang pembunuhan Natasha dan kemudiannya diserahkan kepada pihak polis.

Setelah pita rakaman itu diberi kepada polis, pasukan polis drama 'Gerak Khas' menganalisa rakaman dan ternampak sebuah van yang mempunyai plat nombor yang jelas yang didaftarkan atas nama bapa kanak-kanak malang tersebut! Ketika disoal-siasat polis, Ali telah menjelaskan van tersebut selalu diberi pinjam kepada rakan baik dan juga regular customer nasi lemak iaitu Zarol Zahari.

Setelah serbuan polis dibuat di rumah Zarol terdapat cebisan pakaian dan gambar Natasha diseksa dan di samping itu terdapat juga lagi timun dan terung di atas meja ketika penangkapan Zarol. Selepas itu baru diketahui Zarol merupakan seorang pesakit mental yang terlepas lari setelah merogol adiknya sendiri.

Daripada sipnosis di atas cerita itu memberi gambaran tentang pembunuhan adik Nurin Jazlin. Oleh sebab itu, tindakan harus diambil terdapat pengarah cerita Saleh Majid, penerbit Skop Productions dan juga RTM sebagai penyiar drama tersebut.

Ini kerana:

1) Pihak drama 'Gerak Khas' telah menyiarkan cerita yang masih lagi di bawah siasatan polis. Sepatutnya kes ini tidak boleh dibuat pengambaran kerana ianya menganggu siasatan.

2) Drama ini membawa kesan trauma dan juga memalukan terhadap Encik Jazimin sekeluarga. Baru 5 bulan kehilangan anak tersayang, tapi pihak drama 'Gerak Khas' telah menyiarkan cerita yang menghampiri kisah adik Nurin Jazlin.

3) Watak Ali ini yang seolah-olah Encik Jazimin adalah seorang peminjam wang Along yang tak bertanggungjawab dan juga seorang panas baran. Ia juga menonjolkan Ali tidak mempercayai tugas polis dan juga keputusan DNA kanak-kanak tersebut. Adakah perlu watak ini memperlakukan Encik Jazimin seorang yang sangat tidak bertanggungjawab, bagaimana perasaan Jazimin dan keluarga apabila menonton drama ini?

4) Drama ini juga memaparkan seolah-olah pasukan 'Gerak Khas' mereka lebih efisen daripada PDRM yang dapat menyelesaikan kes itu dengan segera. Perlukah drama sebegini diberi ruang apabila kes masih lagi disiasat oleh PDRM?

5) Memaparkan pasar malam merupakan tempat yang tidak selamat kerana sering menjadi tempat penculikan kanak-kanak. Hal ini, menyebabkan orang ramai berasa takut pergi ke pasar malam dan membawa kerugian kepada peniaga-peniaga pasar malam. Sedangkan kes perculikan kanak-kanak berlaku di mana sahaja!

Oleh itu, disarankan sekali lagi agar pengarah, penerbit dan penyiar drama 'Gerak Khas' perlu diberi tindakan sewajarnya untuk teladan pada masa hadapan. Janganlah difikirkan peluang publisiti, eksplotasi dan keuntungan semata-mata tapi ianya memberi impak negatif kepada pihak yang lain.

Diharap juga kajian diberi kepada drama yang menyatakan "kisah ini tidak berkaitan samaada masih hidup atau mati", tapi bagaimana drama itu jika ditonton oleh orang ramai terutama kanak-kanak, mengaitkan ia kejadian sebenar yang berlaku pada sesebuah keluarga. Harap maklum.

Read more...