Nafas dan format baru Isu Gempar
Sudah terlalu lama rasanya Tinta Jasa menyepi dalam arena penulisan blog ini...
Bukan apa, Tinta Jasa terlalu memberi penumpuan terhadap tugas dan kerjaya sebenar Tinta Jasa iaitu sebagai seorang jurutera. Kini, setelah kerjaya Tinta Jasa kelihatan agak terurus, rindu pula untuk menulis kembali.
Berbalik kepada tajuk post pada kali ini, Tinta Jasa bercadang untuk memberi nafas baru kepada blog ini. Blog Isu Gempar yang selama ini Tinta Jasa guna untuk hebohkan isu-isu gempar yang berlaku dalam negara tercinta Malaysia dan dunia ini, ingin Tinta Jasa ubah dengan menyatakan pendapat dan perspektif Tinta Jasa sendiri mengenai sesuatu isu yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini selain turut memaparkan isu-isu semasa yang berlaku dalam dan luar negara.
Untuk itu, ingin Tinta Jasa tekankan di sini bahawa segala pandangan dan pendapat yang Tinta Jasa luahkan dalam blog Isu Gempar ini adalah pendapat peribadi Tinta Jasa mengenai perkara yang berlaku yang berlaku disekeliling kita dan bukan bertujuan untuk mempengaruhi mana-mana pihak. Jauh sekali untuk memburukkan pihak-pihak tertentu.
Oleh yang demikian, Tinta Jasa sangat berharap agar blog ini dapat menjadi medan untuk kita berdiskasi mengenai sesuatu isu. Malah, tujuan asal blog ini diwujudkan adalah untuk memupuk sifat kepekaan rakyat Malaysia mengenai perkara-perkara yang sedang berlaku di dalam dan luar negara.
0 comments:
Post a Comment